Wednesday, 6 March 2013

ADAKAH PENGARUH SYIAH MERESAPI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG?!!!

No comments:

Tonton dan Nilailah Dengan Akidah, Iman dan Taqwa. Jangan Menilai Dengan Mata Nafsu Politik/Kecenderungan Politik.

Sila baca dan tonton video yang ada supaya kefahaman lebih jelas mengenai apa yang ditulis. 

Hebatnya pengaruh Syiah di Malaysia

Di dalam sebuah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan yang bertajuk "Ulasan Memorandom Syiah Terhadap Raja" menunjukkan Syiah telah pun menyerap masuk ke dalam kerajaan. Tetapi agak mengejutkan saya apabila pihak pembangkang juga turut tidak terlepas. Di dalam kerajaan mereka bergerak secara sembunyi kerana jabatan agama telah menfatwakan mereka sebagai ajaran sesat sejak dahulu lagi. Telah sekian lama kerajaan menzahirkan penolakan terhadap kesesatan Syiah walaupun ada juga menteri-menteri UMNO yang sememangnya jahil dan tidak tahu perbezaan syiah dan ASWJ lalu rajin memuji-muji Iran. Tetapi ianya logik memandangkan memang penguasaan ilmu agama mereka bermasalah melalui perspektif kita.

Namun berdasarkan gambar dari video dibawah menunjukkan Syiah telah diterima dalam kalangan pimpinan PAS dan juga dalam kalangan penyokong PAS. Terdetik di hati bahawa PAS lah yang sepatutnya memahami Islam dan wajar untuk kuat menentang Syiah kerana PAS ialah pejuang sejati agama Islam di Malaysia. Hal ini mengingatkan saya terhadap suatu kritikan oleh seorang ahli lama PAS iaitu Ustaz Kazim Elias. Dalam ceramah Ustaz Kazim menyebut bahawa pengaruh Syiah bercampur di dalam PAS sedangkan wajib kita ASWJ menjauhi dari berkarib dengan orang yang mendokong ajaran yang menjalangkan Aisyah r.ha isteri Baginda saw bahkan mengatakan al Quran kita adalah tidak original dan selain dari Syiah adalah najis.


Kanan-Ustaz Kazim Elias bergambar bersama penceramah paling MeleTop Malaysia UAI
 

Dalam video pertama ini terdapat gambar Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin bersama Mahmoud Ahmadinejad president Iran. Akan tetapi sepadanlah dengan perspektif kita terhadap UMNO bahawa UMNO tidak islamik seperti PAS. Maka tentu saja pemimpin mereka tidak dapat membezakan antara Syiah dan Sunni. Tetapi apahalnya Ustaz Ghani Shamsuddin yang merupakan AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama' dan bekas Yang Dipertuan Persatuan Ulama' Malaysia juga kelihatan di dalam perbarisan agama Syiah besar-besaran?
Tan Sri Muhyidin Yassin bersama Mahmoud Ahmadinejad!


 
Ustaz Halim Hassan-Memorandom Majlis Syiah Malaysia Pada Raja-3-TPM MSIA & AJK PAS Pusat

Ustaz Halim Hassan-Memorandom Majlis Syiah Malaysia Pada Raja-3-TPM MSIA & AJK PAS Pusat. Memorandom majlis syiah malaysia-Gambar Tokoh Syiah MSIA Hujjatul Islam Kamil Zuhairi Abdul Aziz, Gambar Muhyidin Yassin bersama Mahmoud Ahmadinejad. Ustz Ghani Shamsuddin AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama' dan bekas Yang Dipertuan Persatuan Ulama' Malaysia? (PUM)




Ustaz Ghani Shamsuddin bersama barisan ulama Syiah dalam perbarisan agama mereka!



Ustaz Ghani Shamsuddin ditengah.



Ustaz Ghani Shamsuddin. 

Feb 24, 2011
Feb 24, 2011



Dr. MAZA juga di dalam mesej twitter beliau turut memberikan hint tentang pengaruh Syiah dalam PAS. Video dibawah ialah video lama tetapi gambar tweeter itu adalah gambar-gambar baru tahun ini.


DR ASRI-KOLEKSI FIKIR-SYIAH KEKARUTAN YANG MELAMPAU


PAS dan Bashar Asad 



Bashar dikunjungi Tim Presiden PAS




 BN atau PAS sanjung Bashar



Tidak terlepas juga mesej twitter dari Ustaz Ahmad Fauzan yang diretwit oleh UFB. Walaupun mesejnya berbunyi sindiran tetapi seakan-akan mereka tahu hakikat ini. 

Retweet oleh Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahaya


  Dihalang berceramah tentang kesesatan Syiah.


Ustaz Halim Hassan-Memorandom Majlis Syiah Malaysia Pada Raja- 6


Ustaz Halim Hassan mengkhabarkan bahawa jawatan kuasa surau-surau yang dipegang oleh orang PAS meletakkan syarat jika mahu mengajar di surau mereka. Ada dua syarat iaitu pertama mesti ajar sunnah dan mesti maki UMNO. Tetapi setelah Ustaz Halim Hassan membawakan isu Syiah ini, beliau telah dibantah sederhana keras oleh jawatan kuasa surau yang dikuasai oleh orang-orang PAS dan beliau terkilan atas sikap taksub kepartian mereka ini sehingga menggadai akidah! Bahkan beliau tidak diizinkan berceramah di surau-surau orang PAS lagi. 

Gambar Hiasan

 

Syiah dan akidah ASWJ

Isu Syiah merupakan isu penyelewengan akidah yang parah. ASWJ sangat tegas terhadap Syiah kerana keterlampauan puak-puak Syiah. Tetapi mengapakah UMNO ditolak dan Syiah diterima? Ia seolah-olah jika mereka (UMNO) yang sesat dan rosak akidah maka mereka adalah haram dan pengkhianatan tetapi jika puak kita pula yang sesat dan rosak akidah maka adalah halal dan jihad. Haram untuk mereka, halal untuk kita? Menolak hudud adalah isu akidah. Ustaz Halim Hassan mengkhabarkan bahawa beliau memiliki rekod maklumat tentang kenyataan pihak atasan UMNO yang pernah mengeluarkan kenyataan "jika nak makan sup tangan buatlah hudud". Di sisi ASWJ hal akan diteliti sebagai cakap-cakap yang disebabkan jahil atau sengaja. Menurut beliau lagi beliau mendengar dengan telinga beliau sendiri tentang kenyataan Dato Sri Shahidan Kassim telah mempertikaikan sunnah Janggut dan kenyataan Tun yang mengatakan "Nabi simpan janggut kerana dahulu tiada pisau gillate" Sememangnya jika sengaja maka ucapan-ucapan seperti ini boleh merosakkan akidah dan mereka perlu bertaubat.

Tetapi mengapakah isu akidah UMNO menjadi dalil untuk mereka ditolak sehingga pernah membawa kepada kita mengharamkan kenduri kendara mereka, tidak solat dibelakang imam mereka bahkan lebih ghulu' lagi sehingga mengkafirkan? Tetapi Syiah pula sebaliknya? Lebih menduka citakan apabila lidah rasmi PAS iaitu Harakah yang sepatutnya lebih baik dari Utusan telah menerbitkan sebanyak dua kali kolum memuji Syiah menurut Ustaz Halim Hassan. KLIK SINI. Apakah PAS jujur dalam memperjuangkan Islam atau hanya sekadar menjadi modal untuk meraih sokongan dan kuasa ke Putra Jaya? Natijahnya persoalan-persoalan ini mula timbul di fikiran.


Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin

Pengaruh Syiah kelihatannya juga meresapi JAKIM secara halus apabila Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin menulis dan mempertahankan pendapat Hassan Saqqaf seorang tokoh Syiah. Bagaimanapun pujian tetap diberikan terhadap JAKIM apabila majoriti bersepakat menfatwakan kesesatan Syiah. Tangkapan-tangkapan telah dibuat oleh pihak JAKIM terhadap Syiah tetapi malangnya ada wakil rakyat PKR yang marah dan memaki JAKIM kerana menangkap Syiah atas alasan "HUMAN RIGHT". Syaikh Yusuf al-Qaradhawi sendiri tidak mahu bersalam dengan Syiah. Hebatnya Syiah ini sehinggakan Saudi pernah menggantung jawatan imam Syaikh Abdullah Jibril (Syaikh Abdurrahman Huzaifi menurut Dr Asri) kerana menjaga hubungan diplomatik.

Ustaz Halim Hassan-Memorandom Majlis Syiah Malaysia Pada Raja- 7 ;Akidah UMNO dan SYIAH

Jawapan oleh menteri tentang Memorandom Syiah Malaysia Pada Raja.

Memorandom mereka telah dijawap oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi jawapannya cukup lemah AKA Ceroi. Menteri berkenaan ialah Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom.

 
Ustaz Halim Hassan-Memorandom Majlis Syiah Malaysia Pada Raja-4-Jawapan Dari Menteri  

Semakan dan Adil

Untuk berlaku adil dan mengelak dari fitnah maka saya letakkan sekali video penuh untuk orang yang mungkin sangsi bila melihat video yang di cut-cut. Anda boleh semak sendiri dan saya berharap tidak muncul kata-kata sinis mengatakan; "ala video cut-cut, ada lah yang sorok tu, tak tunjuk video penuh, tunjuk separuh-separuh." dan pelbagai lagi kata-kata bijak untuk mengelat dari mengaku kesilapan pihak kita. Sekiranya benar Syiah dapat menggunakan PAS sebagai platform kukuh untuk menyebarkan fahaman mereka secara meluas maka saya berlepas diri dari hal ini atas dasar akidah ASWJ saya rela bersendirian dari menyertai sekutu Syiah! Semoga Allah memberi hidayah dan mengampunkan dosa kita.

Sesungguhnya, mereka (UMNO) yang lalai atau tidak mengambil berat mengenai agama itu merupakan jalan syaitan dan mereka (Syiah dan sekutunya) yang melampau-lampau dalam agama juga dari jalan syaitan. Maka yang pertengahan itulah jalan yang lurus. Marilah kita bermuhasabah diri dan berhati-hati terhadap Talbis Iblis. Talbis Iblis menurut Ibnu Jauzi ia bermaksud "Izhar ul bathil fi suratil haq"; "menzahirkan yang batil itu dalam rupa bentuk kebenaran". Semoga kita bersatu dalam manhaj yang benar dan bersama menyertai jemaah Rasulullah saw memasuki syurgaNya. Wallahu a'lam.

VEDIO PENUH



20-09-2011 ustaz halim hassan, ulasan memorandum syiah terhadap raja(2-2)


TAMBAHAN

KERJASAMA SYIAH  


Berkata Ibnu As'ad; "Membina hubungan perniagaan dan kebudayaan dengan Iran, negara yang majoriti penduduknya ber'aqidah syi'ah yang mencela para sahabat r.a.hum. ajma'in. Adakah Negeri Serambi Makkah mahu bertukar kepada Negeri Serambi Syi'ah? Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah Syi'ah & para pembela mereka. Amiin. WALLAHU a'lam."


P/S: Rujuk: KLIK. Credit to Ibnu As'ad Fb; KLIK.


Tambahan 29/9/2013

USTAZ ISMA: “TANGAN2 GHAIB” SYIAH DLM JBTN AGAMA ?

TABIK ‘KIASU STYLE’ kepada Ustaz Mohamad bin Ismail kerana begitu lantang membongkar bukan sekadar ajaran tetapi juga strategi-strategi Syiah. Beliau mengajak kita berfikir tentang "Mengapa begitu lewat dalam usaha membanteras penyebaran Syiah"
http://www.sinarharian.com.my/pengikut-syiah-rancang-kuasai-jabatan-agama-1.206589
Saya teringat tajuk sebuah buku tentang Critical Thinking: ASKING THE RIGHT QUESTION. Jantung pemikiran kritis ialah keupayaan untuk ‘TEMBAK SOALAN YG KENA TEPAT PADA KEMALUAN!” .

Bila beliau dah tembak soalan diatas, beliau letak pistol dan sekarang IT’S TIME TO ROCK ‘N’ ROLL dengan AUTOMATIC ASSAULT RIFLE AK-47:

“Mungkinkah wujud tangan-tangan ghaib dalam jabatan agama?”

“Mungkinkah anak2 yang dihantar belajar agama sehingga mendapat KELAYAKAN agama untuk bekerja di
institusi-institusi kerajaan ada ‘agenda’?"

"Sejauh manakah graduan2 agama boleh dipercayai hanya atas dasar sekeping ijazahnya atau ‘jawatan’nya atau status ‘Ustaz’nya?"

"250 syarikat Iran telah berdaftar di Malaysia dan adakah peranan mereka di Malaysia sekadar perniagaan atau punya misi yg lebih jauh?"

"ADAKAH ANDA TELAH MENGAMBIL IKTIBAR BAGAIMANA SHIAH BERJAYA MERAMPAS KUASA DI IRAQ, LUBNAN, SYRIA?"

"Apakah strategi-strateginya?" Adakah strategi-strategi yang sama digunakan di Malaysia?"

"Bagaimanakah (jika) Syiah merancang juga untuk kudeta Politik Malaysia?"

"Parti mana mudah menjadi badut?"

"'Discourse' (
wacana) politik apa lebih 'neutralize'kan bahaya syiah?"

“Saya bukan hendak menuduh kerana apabila kita mendakwa di mahkamah, kita perlu kemukakan bukti. Tetapi kemungkinan itu tetap ada.” kata
Ustaz Mohamad bin Ismail.


Gambar Wall Facebook Xifu Naser
Tetapi adakah mudah menyekat syiah dgn hanya menyerbu markas-markasnya? Kita pula mula belajar menembak.

Ustaz Mohamad letak riflenya dan keluarkan Keris Taming Sari;

TIDAK MUDAH UNTUK KITA MEMBUKTIKAN SESEORANG ITU MERUPAKAN PENGIKUT SYIAH KERANA MEREKA MENGAMBIL PENDEKATAN TAQIYYAH.

Tak cukup sekadar tembak guna rifle atau undang-undang. Fikiran kita kena tajam seperti Keris.
Kita menyokong ikon-ikon kita yang berwibawa seperti Ustaz Mohamad Ismail. Promosikan idea-ideanya. Kalau anda tidak buat demikian atau beri pelbagai alasan, (maka) siapakah anda sebenarnya?



XIFU NASER AL-MAJNUN
fb: xifu naser II
hp: 011-3310-2071




Gambar kenyataan Ustaz Ghani Shamsudin dalam HARAKAH,AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama' dan bekas Yang Dipertuan Persatuan Ulama' Malaysia (PUM). Boleh lihat gambar di facebook Abu Ihsan dan facebook Ayuh Sepakat Tolak Syiah


Berkata Abu Ihsan; "Ghani Shamsudin bermati-matian pertahankan Bashar dan Syiah..! Harakah terbaru siarkan 2 muka penuh temubual bersama Si Pencacai Syiah ini"

Berkata منتظر نصرالله; "Lakonan Syiah dengan amerika ni bukan baru dua tiga hari."

Berkata admin Ayuh Sepakat Tolak Syiah; "Cubaan mempertahankan Syiah sebanyak dua muka surat dari surat Khabar parti X yang diketahui ramai."




No comments:

Post a Comment

 
back to top